
Pokok Petai Belalang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Petai Belalang | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||
|
Pokok Petai Belalang atau nama saintifiknya Leucaena leucocephala merupakan sejenispokok rendang tropika yang biasa tumbuh di kawasan semak samun. Ia juga ditanam sebagaiserat dan makanan haiwan ternakan. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.
Buahnya berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang. Di sesetengah tempat di Indonesia bijinya dijadikan tempe. Tumbuhan ini sukakan cahaya matahari yang cukup dan membiak melalui biji benih.
Asslamualaikum guys... Korang suka tidak makan petai belalang? Sedap makan petai belalang nih. Lagi2 kalau pekena dengan nasi panas + sambal belacan atau tumis + ikan kering = menyelerakan. Adussss... baru jer lepas makan malam dah boleh rasa nikmatnya lauk2 ini..
Hari ini topik tentang penawar dan tanda2 untuk penyakit kencing manis. Mudah2an sedikit info ini boleh membantu kepada sesiapa yang mengidap penyakit merbahaya ini. Jika tidak dirawat lebih awal ianya akan merebak lebih cepat dan tubuh badan kita akan menjadi lembik dan busuk secara perlahan2...
Ini tanda2 awal ditimpa penyakit kencing manis
- Kerap membuang air kecil
- Berat badan menurun
- Sentiasa merasa haus atau dahaga
- Sentiasa merasa lapar
- Letih yang tidak menentu
- Pandangan semakin menjadi kabur
- Mudah mendapat penyakit kulit
- Merasa gatal2 pada bahagian kaki dan tangan
- Merasa penat dan sakit kaki
- Gatal2 pada lipatan dan kedua celah paha
Ini tanda2 yang serius atau teruk pada pesakit kencing manis
- Sentiasa haus
- Hilang selera makan
- Muntah2
- Boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
- Air kencing menjadi manis, disukai oleh semut2
Langkah yang perlu diambil berat oleh pesakit2 ini
- Menjaga kebersihana badan dengan sempurna dan teliti
- Sentiasa mengawasi makanan dengan baik + elakkan mengambil gula + tidak memakan makanan yang berkanji
- Menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihidapi
- Sentiasa bersenam dan berehat yang secukupnya
- Jangan terlalu banyak menggunakan tenaga
- Bila melakukan kerja2 yang berat berehatlah sementara. Jangan membuatkan badan terlalu penat hingga tidak berkesempatan untuk rehat.
- Jika badan terlalu penat berhenti dan jangan diteruskan lagi
Penawar penyakit kencing manis
Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering dari pokoknya.
Keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak hingga garing
Tumbuk atau blend halus petai goreng tadi menjadi seperti serbuk kopi
Bancuh 2 sudu serbuk kopi petai belalang dengan secawan air panas tanpa gula
Amalkan setiap pagi
Atau
- Minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari
- InsyaAllah dalam beberapa bulan akan pulih dengan izin-Nya
Nota
Ada beberapa petua dari tumbuh2an yang khasiatnya dapat merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis. Korang boleh baca SINI dan SINI.. Petua menggunakan bunga kering kemunting sama cara minumnya dengan penyakit barah darah dan leukemia.. Ada beberapa lagi petua menggunakan kulit buah jering atau jengkol dan kulit pokok petai. Tapi rumit sikit untuk mencubanya. Amalkan saja petua2 yang diatas ini.. InsyaAllah.. setiap amalan haruslah dimulakan dengan Surah Al Fatihah + selawat Syifa dan yakin..
P.S. Arwah makcik sebelah rumah aku kat kampung meninggal gara2 penyakit kencing manis. Dia pernah tunjukkan pada aku dia tekan kaki guna jari saja. Terperanjat sangat bila tengok kaki betisnya tenggelam macam berlubang.. MasyaAllah.. Mudah2an kita sentiasa sihat dengan memakan makanan yang seimbang dan kurangkan gula untuk kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan